DOKTRIN PENGASINGAN KUASA



Teori pengasingan kuasa dikemukan oleh John Locke dikembangkan oleh Montesquieu pada abad ke-18.Doktrin pengasingan kuasa melibatkan pembahagi kuasa pemerintahan yang jelas tanpa sebarang pertindihan.Matlamat pengasingan kuasa adalah untuk mengelakkan kuasa mutlak berpusat pada satu-satu badan.

Setiap badan pemerintah tidak boleh mempengaruhi keputusan atau tindakan yang dibuat oleh badan-badan yang lain.Setiap badan pemerintah juga berperanan sebagai pemeriksa dan pengimbang (check and balance) dalam sistem negara.Doktrin yang diamalkan di Malaysia adalah berbeza daripada doktrin yang asal.

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
BADAN PERUNDANGAN:-Menggubal undang-undang
BADAN PENTADBIRAN:Menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang serta dasar-dasar negara
BADAN KEHAKIMAN:-Mengadili serta menegakkan undang-undang

Badan Perundangan(Legislatif)
Di Malaysia badan perundangan terbahagi kepada dua,iaitu:-
·         Peringkat Persekutuan(Parlimen)
·         Peringkat Negeri(Badan Perundangan Negeri)

           
PARLIMEN (Badan Perundangan Persekutuan)
·    Yang DiPertuan Agong 
·         Dewan Negara
·         Dewan Rakyat

BADAN UNDANGAN NEGERI(Badan Perundangan Negeri)
·         Raja(Sultan/Yang di-Pertua Negeri/Yang Dipertuan Besar
·         Dewan Undangan
 




Comments

Popular posts from this blog

2.4.4 HAK KEWARGANEGARAAN

2.2.1 SURUHANJAYA REID