Posts

2.6.3 PILIHAN RAYA

Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan konsep pemerintahan Demokrasi Berparlimen.Salah satu ciri utama utama Demokrasi Berparlimen ialah pilihan raya.Dalam proses ini,rakyat bebas untuk memilih wakil-wakil Parlimen untuk menerajui pimpinan pusat serta memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri untuk dijadikan sebagai pemimpin kerajaan negeri.Calon yang mendapat undian terbanyak walaupun lebihan satu undi diisytiharkan sebagai pemenang bagi kerusi yang dipertandingkan. Wakil-wakil yang telah dipilih oleh rakyat ini dipertanggungjawabkan untuk mendengar suara dan kehendak rakyat serta menjaga kebajikan dan memperjuangkan hak rakyat.Di Malaysia,pilihan raya diadakan pada setiap lima tahun sekali dan ia mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong namun tempoh bagi negeri Sabah dan Sarawak dilanjutkan sehingga 90 hari.Dalam

Peringkat Persekutuan

(A)Parlimen Perkara 44 (4) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan kuasa perundangan Malaysia terletak pada parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dan dua majlis , iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Undang-undang yang diluluskan bdan perundangan mestilah melalui ketiga-tiga kompenen tersebut. Rang undang-undang dianggap sebagai undang-undang setelah diluluskan oleh dewan rakyat dan dewan negara serta mendapat perkenan daripad YDPA.Parlimen ialah badan perundangan bagi kerajaan Persekutuan yang berfungsi untuk menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada,memeriksa dasar-dasar kerajaan,meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.Perkara 55 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hanya YDPA yang boleh memanggil parlimen untuk bersidang. YDPA mempunyai kuasa mutlak untuk menghentikan atau membubarkan parlimen.P