2.6.3 PILIHAN RAYA
Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan konsep pemerintahan Demokrasi Berparlimen.Salah satu ciri utama utama Demokrasi Berparlimen ialah pilihan raya.Dalam proses ini,rakyat bebas untuk memilih wakil-wakil Parlimen untuk menerajui pimpinan pusat serta memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri untuk dijadikan sebagai pemimpin kerajaan negeri.Calon yang mendapat undian terbanyak walaupun lebihan satu undi diisytiharkan sebagai pemenang bagi kerusi yang dipertandingkan. Wakil-wakil yang telah dipilih oleh rakyat ini dipertanggungjawabkan untuk mendengar suara dan kehendak rakyat serta menjaga kebajikan dan memperjuangkan hak rakyat.Di Malaysia,pilihan raya diadakan pada setiap lima tahun sekali dan ia mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong namun tempoh bagi negeri Sabah dan Sarawak dilanjutkan sehingga 90 hari.Dalam...