Peringkat Persekutuan



(A)Parlimen
Perkara 44 (4) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan kuasa perundangan Malaysia terletak pada parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dan dua majlis , iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Undang-undang yang diluluskan bdan perundangan mestilah melalui ketiga-tiga kompenen tersebut.

Rang undang-undang dianggap sebagai undang-undang setelah diluluskan oleh dewan rakyat dan dewan negara serta mendapat perkenan daripad YDPA.Parlimen ialah badan perundangan bagi kerajaan Persekutuan yang berfungsi untuk menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

Parlimen membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada,memeriksa dasar-dasar kerajaan,meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.Perkara 55 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hanya YDPA yang boleh memanggil parlimen untuk bersidang. YDPA mempunyai kuasa mutlak untuk menghentikan atau membubarkan parlimen.Parlimen akan terbubar dengan sendirinya setelah genap 5 tahun.Dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak akan diadakan pilihan raya umum untuk memilih wakil-wakil Dewan Rakyat dari tarikh parlimen dibubarkan.

Tidak melebihi 120 hari dari tarikh pembubaran,YDPA memanggil parlimen untuk bersidang pada tarikh yang ditetapkan.Perkara 66(4) dalam tempoh 30 hari,YDPA perlu memperkenankan sesuatu rang undang-undang yang dipersembahkan.Jika YDPA tidak berbuat demikian,rang undang-undang akan menjadi undang-undang setelah tamat tempoh tersebut.


(B)Dewan Negara
Dewan yang tertinggi dalam badan perundangan di Malaysia.Dewan negara mebahas rang undang-undang dengan lebih teliti dan memastikan kepentingan setiap kerajaan lebih terjamin.Keahlian untuk setiap negeri dalam dewan negara adalah ditetapkan dua orang walaupun dari negeri yang berkeluasan kecil dan mempunyai bilangan penduduk yang sedikit.Contoh negeri Perlis.

Bilangan ahli dewan negara telah termaktub dalam Fasal (1),Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan.
JADUAL BENTUK KEAHLIAN DEWAN NEGARA:
PERLANTIKAN AHLI
BILANGAN AHLI
NAMA YANG DIPILIH AKAN DICADANG DAN DISOKONG OLEH AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
DUA ORANG WAKIL SETIAP NEGERI (MENGIKUT JADUAL KETUJUH)
(26 AHLI MEWAKILI 13 NEGERI DALAM PERSEKUTUAN)
DILANTIK OLEH YANG DI-PERTUAN AGONG (ATAS NASIHAT PERDANA MENTERI)
DUA ORANG WAKIL MEWAKILI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SATU ORANG WAKIL MEWAKILI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
SATU ORANG WAKIL MEWAKILI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
40 ORANG AHLI LAIN TERDIRI DARIPADA:
(KRITERIA AHLI TERMAKTUB DALAM PERKARA 45 (2)
MEREKA YANG MEMBERIKAN PERKHIDMATAN AWAM YANG CEMERLANG
MENCAPAI PRESTASI UNGGUL DALAM BIDANG PEKERJAAN, PERDAGANGAN, PERINDUSTRIAN, PERTANIAN, AKTIVITI KEBUDAYAAN DAN PERKHIDMATAN SOSIAL
MEWAKILI KUMPULAN KAUM MINORITI
MEWAKILI KEPENTINGAN MASYARAKAT ORANG ASLI

Seorang ahli dewan negara dikenali sebagai ‘senator’ pada pangkal nama.Jawatan ahli dewan negara dipegang selama 3 tahun(satu penggall) dan boleh disambung satu penggal dengan lantikan pada peringkat persekutuan atau peringkat negeri.Kedudukan dewan negara tidak berubah dengan pembubaran parlimen.

Jika ahli dewan negara meletak jawatan,meninggal dunia atau bercuti,seorang ahli tertentu akan dipilih atau dilantik (dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan)bagi menggantikannya selama tempoh baki ahli yang digantikannya.

SYARAT KELAYAKAN MENJADI CALON AHLI DEWAN NEGARA:-
§  WARGANEGARA MALAYSIA
§  BERUMUR TIDAK KURANG DARI 30 TAHUN
§  SEMPURNA AKAL
§  BUKAN SEORANG MUFLIS

Tidak boleh menolak rang undang-undang yang telah diluluskan oleh dewan rakyat.Dewan negara mempunyai kuasa untuk menangguhkan rang- undnag-undang tersebut daripada dpersembahkan kepada YDPA untuk diperkenankan.Tempoh masa penangguhan rang undang-undan adalah sehingga 1 tahun kecuali bagi rang undang-undang kewangan iaitu 1 bulan sahaja.



(C)Dewan Rakyat
Fasal  (1),Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keanggotaan dewan rakyat ialah seramai 222 ahli.Fasal(2),Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bilangan ahli dewan rakyat yang mewakili satu kawasan .Ahli dewan rakyat dipilih secara langsung melalui pilihan raya umu yang diadakan 5 tahun sekali.Parti yang mendapat undian kerusi majoriti akan membentuk kerajaan persekutuan bagi mentadbir negara.

Fungsi dewan rakyat adalah untuk menggubal undang-undang dan membincangkan perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.Dewan rakyat diketuai oleh seorang YDP dan dibantu oleh 2 Timbalan YDP serta 1 setiausaha.YDP dewan rakyat boleh dipilih daripada kalangan ahli dewan rakyat.Jika YDP bukan daripada ahli dewan rakyat dengan syarat beliau hendaklah mengangkat sumpah dan mengaku taat setia.Beliau dianggap sebagai ahli dewan tambahan.

HILANG KELAYAKAN
       TIDAK SEMPURNA AKAL
       MUFLIS
       MEMEGANG JAWATAN BERGAJI ATAU BERFAEDAH
       TIDAK HADIR PERSIDANGAN DEWAN SELAMA ENAM BULAN BERTURUT-TURUT
       GAGAL MENGHANTAR PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN
       DISABITKAN DENGAN KESALAHAN OLEH MAHKAMAH PERSEKUTUAN DAN DIHUKUM PENJARA MELEBIHI 1 TAHUN ATAU DENDA MELEBIHI RM2,000 DAN TIDAK MENDAPAT KEAMPUNAN
       MEMPEROLEH KEWARGANEGARAAN ASING SECARA SUKARELA DAN MEMBUAT PENGAKUAN TAAT SETIA KEDAPA NEGARA ASING ITU

 

PERINGKAT NEGERI
Terdiri daripada raja(sultan/YDP Negeri?YDP besar) dan Dewan Undangan(DUN).Berfungsi untuk menggubal,meminda dan meluluskan undang-undang untuk negeri sahaja.Badan Perundangan negeri wujud di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan).

Kelayakan ahli:
§  Warganegara
§  Berumur 21 tahun atau lebih
§  Bermastautin di negeri
Kehilangan kelayakan:
§  Tidak sempurna akal
§  Muflis
§  Memegang jawatan berpendapatan
§  Gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan
§  Disabitkan dengan kesalahan mahkamah
§  Disabitkan kesalahan berhubung dengan pilihan raya
§  Memperoleh kewarganegaraan asing secara sukarela

Badan Pentadbiran(Eksekutif)
Badan Perundangan bermula dengan pengenalan Sistem Ahli pada 1951.Dalam sistem ahli,beberapa jabatan akan diletak di bawah kawalan seorang ahli yang bertindak sebagai seorang menteri bagi jawatan tertentu.Sistem Ahli berakhir apabila pilihan raya umum diadakan pada Ogos 1955.Sebuah kerajaan baharu dibentuk setelah Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan.

Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai ketua menteri dan seterusnya dilantik sebagai Perdan Menteri pertama pada 31 Ogos 1957.Beliau telah mengetuai kabinet dan mesyuarat pertama jemaah menteri diadakan pada 10 September 1957 di Kuala Lumpur bersama pemimpin-pemimpin Parti Perikatan yang memenangi pilihan rayaumum 1955.

Peringkat Persekutuan
(a) KABINET/JEMAAH MENTERI
Kabinet terdiri daripada YDPA,Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.Perkara 43(2)(a) perlembagaan persekutuan mengkehendaki YDPA untuk melantik Perdana Menteri daripada parti yang mendapat kerusi majoriti di Dewan Rakyat sebagai Ketua Jemaah Menteri.Perdana Menteri akan menasihati YSPA untuk melantik menteri-mentari lain daripada mana-mana Majlis Parlimen.Perkara 43(c) Perlembagaan Persekutuan membenarkan Perdana Menteri melantik beberapa orang yang difikirkan patut oleh beliau sebagai setiausaha politik yang akan menjalankan tugas yang ditentukan oleh Jemaah Menteri.

YDPA boleh memecat Perdana Menteri daripada jawatannya.Jika majoriti ahli Dewan Rakyat hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri,maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan jemaah menteri atau meminta parlimen dibubarkan oleh YDPA.Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan akan memaklumkan hal ehwal pentadbiran negara kepada YDPA.Jemaah menteri bertanggungjawab secara bersama kepada parlimen. Jemaah menteri bertanggungjawab secara bersama kepada parlimen. Jemaah menteri berperanan untuk menentukan dasar kerajaan dan meberikan arahan kepada jentera pentadbiran.

Setiap menteri akan mengetuai kementerian bagi satu atau seberapa portfolio tertentu. Menteri akan bertindak merangka sesuatu dasar atau perkara penting dengan pegawai tinggi kerajaan dalam mesyuarat kabinet.Semua keputusan dalam mesyuarat kabinet merupakan keputusan secara kolektif.Menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan kabinet harus meletak jawatan.

(b) KEMENTERIAN, JABATAN DAN BADAN-BADAN KERAJAAN
Bilangan kementerian bergantung pada keadaan dan pandangan Perdana Menteri.Setap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,merancangdan menyelaraskan dasar tersebut.Setiap kementerian diketuai oleh seorang mentari dibantu oleh timbalan Perdana Menteri dan setiausaha parlimen.Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga boleh mengetuai sebuah atau beberapa buah kementerian yang lain.

Menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri sebagai menteri tanpa berportfolio.Ketua Setiausaha(KSU) menjadi penasihat utama kepada menteri.KSU bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan-arahan menteri dan program-program peringkat kementerian.Jabatan-jabatan kerajaan diketuai oleh ketua jabatan dikenali sebagai Ketua Pengarah.

Kakitangan perkhidmatan awam bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Perbadanan awam merupakan agensi separuh kerajaan dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara yang membolehkan kerajaan terlibat secara langsung.
Badan berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri.Ketua bagi badan berkanun dipanggil pengerusi yang berfungsi untuk melicinkan pentadbiran dan pelaksanaan program pembangunan negara.

PERINGKAT NEGERI
Badan pentadbiran(eksekutif) peringkat negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Badan kepimpinan negeri yang membuat dasar dan melaksanakan pemerintahan bagi sebuah negeri.Ianya terdiri daripada raja,menteri besar dan ahli majlis yang terdiri daripada 4-10 orang ahli dalam kalangan ahli Dewan Undangan.Raja melantik menteri besar daripada ahli dewan undangan(yang mendapat kepercayaan majoriti)sebagai ketua jemaah menteri.
Menteri besar akan menasihatkan raja untuk melantik ahli lain daripada kalangan ahli dewan undangan.Setiap ahli majlis akan memgang portfolio tertentu.Bagi Negeri Sabah dan Sarawak,barisan ahli majlis tersebut sebagai kabinet negeri.

BADAN KEHAKIMAN (JUDICIARY)
Memastikan perlembagaan persekutuan dipatuhi dan menegakkan keadilan mengikut peruntukan undang-undang agar hak-hak asasi manusia dapat dilindungi daripada sebarang pencabulan oleh mana-mana pihak.Mempunyai kuasa untuk membicarakan dan menyelesaikan permasalahan serta menghukum pesalah melalui pihak mahkamah.Badan ini juga berperanan mentafsir perlembagaan dan undang-undang.

Struktur badan kehakiman Malaysia terdiri daripada 2 bahagian iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.Mahkamah atasan terdiri daripada Mahkamah Persekutuan(dikenali sebagai Mahkamah Agung),Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Malaya serta Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.Mahkamah rendah terdiri daripada Mahkamah Sesyen.
Pada 20 Mac 1993,Mahkamah kahas ditubuhkan melaui perlembagaan persekutuan bagi membicarakan tindakan sivil atau jenayah yang dilakukan oleh YDPA atau raja-raja Melayu yang lain.



(a)  MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Mahkamah tertinggi di Malaysia diketuai oleh Ketua Hakim Negara.Perkara 122(1) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa ahli mahkamah persekutuan terdiri daripada ketua hakim negara,presiden mahkamah rayuan,kedua-dua hakim besar mahkamah tinggi dan 7 hakim lain.YDPA atas nasihat Perdana Menteri setelah berrunding dengan Majlis Raja-raja akan melantik semua hali mahkamah persekutuan berdasarkan Perkara 122(B).


Boleh melantik mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia sebagai hakim tambahan bagi mahkamah persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 122(1A). Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan tentang bidang kuasa Mahkamah Persekutuan:
§  Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan,Mahkamah Tinggi atau seorang hakimnya.
§  Apa-apa bidang kuasa asal atau runding yang sinyatakan dalam Perkara 128(mengisytiharkan sesuatu undang-undang Persekutuan dan undang-undang negeri sebagai tidak sah)dan Perkara 130(bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan)
§  Lain-lain bidang kuasa yang diberi atau dibawah undang-undang persekutuan

(b)  MAHKAMAH RAYUAN
Perkara 122A(1) menjelaskan ahli bagi mahkamah rayuan terdiri daripada seorang pengerusi(Presiden Mahkamah Rayuan) dan hakimlain tidak melebihi 32 orang. Perlantikan anggota Mahkamah Rayuan dibuat oleh YDPA seperti yang ditetapkan dalam Perkara  122B Perlembagaan Persekutuan.Bidang kuasa mahkamah rayuan termaktub dalam Perkara 121(B) Perlembagaan Persekutuan:
§  Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah TInggi atau seseorag hakimnya.
§  Lain-lain bidang kuasa yang diberi atau di bawah undang-undang persekutuan

(c)   MAHKAMAH TINGGI
Melaksanakan penyeliaan,mengubah keputusan semua mahkamah bawahan(Mahkamh Rendah) dan membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan sama ada kes sivil atau kes jenayah. Bidang kuasa adalah tidak terhad kepada semua kes jenayah kecuali perkara yang berkaitan dengan undnag-undnag Islam.Mahkamah Tinggi membicarakan kes-kes tuntutan melebihi RM 1 000 dan kes-kes berkaitan dengan perkara berikut:
·         Penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman,wasiat dan perkahwinan serta penceraian bagi bukan Islam
·         Kemuflisan
·         Injunksi,pelaksanaan tertentu(Specifc Performance) atau pembaalan kontrak
·         Kesalahan individu

Perkara 122A(1) menjelaskan setiap Mahkamah Tinggi terdiri daripada seorang hakim besar dan tidak kurang daripada 4 orang hakim lain tetapi tidak melebihi 60 orang bagi Mahkamah Tinggi Malaya dan 13 orang bagi Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.Perlantikan anggota Mahkamah Tinggi juga tertakluk di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
(d) Mahkamah Sesyen
Mahkamah Sesyen berkuasa untuk membicarakan kes sivil dan jenayah di Malaysia.Mahkmah Sesyen mempunyai kuasa untuk membicarakan segala kesalahan selain kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati seperti yang termaktub dalam Seksyen 63,Akta Mahkamah Rendah 1948.Seksyen 65(1),Akta Mahkamah Rendah 1948 menjelaskan bidang kuasa Mahkamah Sesyen seperti yang berikut:
(i)Membicarakan kes sivil berkaitan kemalangan kenderaan motor,tuan tanah dan penyewa serta distress.
(ii)Membicarakan kes sivil yang melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM 250 000.

(e)Mahkamah Majistret
Terdiri daripada Mahkamah Majistret Kelas Pertama dan Mahkamah Majistret Kelas Kedua.Bidang kuasa bagi kedua-dua Mahkamah ini adalah seperti berikut:
Perbezaan
Mahkamah Majistret Kelas Pertama
Mahkamah Majistret Kelas Kedua
Bidang Kuasa Jenayah
·         Membicarakan semua kesalahan jenayah yang dikenakan hukuman maksimum 10 tahun penjara atau denda.
·         Mendengar dan memutuskan rayuan jenayah yang disabitkan oleh Mahkamah Penghulu
·         Membicarakan semua kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman maksimum 1 tahun penjara atau denda.
Hukuman
·         Boleh menjatuhkan hukuman tidak melebihi yang berikut:
-5 tahun penjara
-Denda RM 10 000
-12 kali sebatan
·         Boleh menggabungkan hukuman dari hukuman yang disebut terdahulu

·         Boleh menjatuhkan hukuman tidak melebihi
-6 bulan penjara
-Denda RM 1 000
·         Boleh menggabungkan hukuman dari hukuman yang disebut terdahulu
Bidang Kuasa Sivil
·         Membicarakan kes sivil melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM 25 000
·         Mendengar dan memutuskan rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Penghulu
·         Membicarakan kes sivil melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM 3 000.


(f) Mahkamah Penghulu
Mahkamah Penghulu berkuasa untuk mendengar dan memutuskan prosiding asal kes sivil melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM 50 dan kesalahan jenayah kecil yang boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM 25.

(g)Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah merupakan mahkamah di bawah kuasa Kerajaan Negeri.Mahkamah Syariah berperanan untuk mengadili umat Islam berkaitan undag-undang Islam.Bagi kesalahan di bawah hukum Syarak.Mahkamah Syariah berkuasa untuk menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM 5 000 atau 6 kali sebatan atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut seperti yang termaktub dalam Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah) 196

Comments

Popular posts from this blog

2.4.4 HAK KEWARGANEGARAAN

2.2.1 SURUHANJAYA REID

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA