2.6.3 PILIHAN RAYA



Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan konsep pemerintahan Demokrasi Berparlimen.Salah satu ciri utama utama Demokrasi Berparlimen ialah pilihan raya.Dalam proses ini,rakyat bebas untuk memilih wakil-wakil Parlimen untuk menerajui pimpinan pusat serta memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri untuk dijadikan sebagai pemimpin kerajaan negeri.Calon yang mendapat undian terbanyak walaupun lebihan satu undi diisytiharkan sebagai pemenang bagi kerusi yang dipertandingkan.

Wakil-wakil yang telah dipilih oleh rakyat ini dipertanggungjawabkan untuk mendengar suara dan kehendak rakyat serta menjaga kebajikan dan memperjuangkan hak rakyat.Di Malaysia,pilihan raya diadakan pada setiap lima tahun sekali dan ia mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong namun tempoh bagi negeri Sabah dan Sarawak dilanjutkan sehingga 90 hari.Dalam pilihan raya,terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu:
•Badan yang mentadbir pilihan raya
•Pengundi
•Calon yang bertanding.

TARIKH PILIHAN RAYA UMUM DI MALAYSIA
PILIHAN RAYA
UMUM(PRU)
TARIKH
PRU 1
19 Ogos 1959
PRU 2
25 April 1964
PRU 3
10 Mei 1969
PRU 4
24 Ogos 1974
PRU 5
8 Julai 1978
PRU 6
22 April 1982
PRU 7
3 Ogos 1986
PRU 8
21 Oktober 1990
PRU 9
6 April 1995
PRU 10
30 November 1999
PRU 11
21 Mac 2004
PRU 12
8 Mac 2008
PRU 13
5 Mei 2013




Sejarah Pilihan Raya
Pilihan raya prakemerdekaan merupakan Pilihan Raya Persekutuan yang pertama yang diadakan di Tanah Melayu pada 27 Julai 1955.Sebanyak 51 kerusi daripada 52 kerusi telah dipertandingkan yang dimenangi oleh Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan UMNO,MIC dan MCA.Satu kerusi lagi telah dimenangi oleh PAS di Kerian,Perak yang bertanding 11 kerusi.Terdapat juga parti-parti lain yang bertanding iaitu Parti Negara,Parti Buruh,Persatuan Kebangsaan Perak,Liga Melayu Perak,Parti Progresif Perak dan Calon Bebas.Kemenangan yang dimenangi oleh Parti Perikatan membolehkan sebuah kerajaan sementara dapat dibentuk dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebelum mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya Pilihan Raya
Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) ialah satu badan yang mentadbir,menyelia,mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia.SPR bertindak untuk memastikan semua proses pilihan raya dapat berjalan dengan adil dan saksama agar proses demokrasi negara melalui pilihan raya dapat dilakukan dengan lancar.SPR telah ditubuhkan di bawah Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan pada 4 September 1957.

Dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan keanggotaan SPR adalah terdiri daripada seorang pengerusi,seorang timbalan pengerusi dan lima anggota lain yang dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.Anggota SPR boleh dipecat oleh YDPA apabila hilang kelayakan sekiranya anggota itu didapati:
•Muflis yang belum dibebaskan       
•Memegang jawatan berpendapatan
•Ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

Sebuah urus setia ditubuhkan ketika urusan pilihan raya berlangsung untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar.Urus setia ini diketuai oleh Setiausaha yang bertindak sebagai Ketua Eksekutif  dan Ketua Pentadbir Urus Setia yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.SPR berfungsi untuk:
•Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri
•Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih
•Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
•Mendaftarkan calon-calon yang bertanding serta memastikan calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan
SPR juga mengendalikan dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.Pilihan raya umum adalah untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN).Manakala pilihan raya kecil adalah untuk memilih pengganti apabila berlaku kekosongan di mana-mana bahagian Dewan Rakyat mahupun Dewan Negeri akibat kemalangan,perletakan jawatan,hilang kelayakan atau pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya.

SPR juga bertanggungjawab mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya parlimen dan negeri tidak kurang dari 8 tahun sekali.Sehingga kini,terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat(Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.


Proses Pilihan Raya
Penerangan
Ø  Penamaan Calon
Ø  Diadakan sekiranya ada calon yang didaftarkan untuk bertanding.
Ø  Jika ada seorang sahaja calon,calon itu akan diisytihar sebagai menang tanpa undi.
Ø  Calon boleh bertanding atas nama parti atau sebagai calon bebas.

Ø  Kempen Pilihan Raya
Ø  Kempen hanya bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir sebelum hari mengundi pada jam 12 tengah hari dengan mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan.
Ø  Calon dibenarkan membelanjakan wang dengan tujuan berkempen iaitu tidak melebihi RM 200 000 bagi kerusi Dewan Rakyat dan RM 100 000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.
Ø  Parti politik dibenarkan membentangkan manifesto masing-masing.

Ø  Proses Mengundi
Ø  Terdapat 2 jenis pengundian iaitu pengundian biasa oleh pengundi yang berdaftar dan pengundian pos yang melibatkan petugas pilihan raya,anggota polis,ahli panel dan pegawai SPR.
Ø  Parti politik dibenarkan mengadakan bilik operasi 50 meter dari tempat mengundi.
Ø  SPR sediakan barung SPR di pusat mengundi
Ø  Pengundi akan menandakan ‘X’ sebelah nama calon dan memasukkan kertas ke dalam peti undi.
Ø  Pengiraan Undi
Ø  Dijalankan oleh ketua tempat mengundi
Ø  Hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan berada semasa proses pengiraan iaitu ahli dan pegawai SPR,pegawai yang dilantik oleh SPR,kerani mengira undi dan calon/wakil/ ejen
Ø  Keputusan pengundian akan dikemukakan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.
Ø  Keputusan Pilihan Raya
Ø  Calon yang mendapat undian tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang
Ø  Keputusan bagi seluruh kawasan pilihan raya akan diumumkan dan parti yang menang akan membentuk sebuah kerajaan.
Ø  Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah oleh mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan mengemukakan petisyen rayuan.
Hal lain
Ø  Semua dokumen berkaitan pilihan raya disimpan di dalam peti khas dan dikunci selama 6 bulan selepas pilihan raya oleh Pegawai Pengurus.
Ø  Peti tersebut hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi jika terdapat kes petisyen.




Comments

Popular posts from this blog

2.4.4 HAK KEWARGANEGARAAN

2.2.1 SURUHANJAYA REID

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA