2.1 PERLEMBAGAAN MALAYSIA



Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen yan terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan pada tahun 1957.Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang.

Perlembagaan Persekutuan pada asalnya mengandungi 14 bahagian dengan 181 Perkara.Namun,pada tahun 1984,pindaan telah dibuat dengan menambah satu lagi Bahagian dengan dua Perkara.Kini,Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 Bahagian,183 Perkara dan 13 Jadual.

Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat serta keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.Selain itu,ia juga menjamin keadilan,kerjasama,kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.Perlembagaan ini boleh dipinda sekiranya mendapat sokongan majoriti,sekurang-kurangnya dua per tiga di Parlimen.

Comments

Popular posts from this blog

2.4.4 HAK KEWARGANEGARAAN

2.2.1 SURUHANJAYA REID

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA