2.2 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
Pada tahun 1954,Tuanku Abdul Rahman
telah mengetuai rundingan kemerdekaan di London.Namun,rundingan tersebut gagal
kerana British mengganggap Tanah Melayu belum bersedia untuk diberi kemerdekaan
sepenuhnya.Pada Januari 1956,Tuanku Abdul Rahman mengadakan rundingan kali
kedua di London untuk membuat rundingan berkenaan tarikh kemerdekaan untuk
negara serta berbincang tentang penggubalan Perlembagaan Persekutuan.Rundingan
tersebut berlaku pada 18 Januari sehingga 6 Februari 1956 dan dikenali sebagai
London Constitutional Conference 1956.Hasil daripada konferensi
tersebut,Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu
serta menubuhkan suruhanjaya bebas untuk membentuk Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.
Comments
Post a Comment