2.3.1 TUJUAN PERLEMBAGAAN
1.Mewujudkan pemerintahan yang adil
•Perlembagaan persekutuan digubal
berdasarkan tolak ansur dan permuafakatan kaum. memastikan keadilan ekonomi
antara kaum tetapi turut memelihara hak istimewa orang melayu serta Bumiputera
Sabah dan Sarawak Pembentukan integrasi kaum yang bersatu padu dan setia kepada
negara.
2.
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
•YDPA serta sistem pemerintahan
kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman, eksekutif juga
tertakluk kepada perlembagaan persekutuan.
•Perlembagaan persekutuan merupakan
panduan dalam pemerintahan dan tindakan pemerintah adalah berdasarkan
perlembagaan
•Perlembagaan persekutuan menjamin
keadilan, kecekapan dan ketelusan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan.
•Menjelaskan bidang kuasa yang
menjamin kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.
3.
Menjaga keamanan dan kestabilan negara
•Sekatan-sekatan dalam perlembagaan
yang membataskan kebebasan individu dan menjamin keamanan dan kestabilan negara
serta mengekalkan perpaduan.
•Pindaan terhadap perlembagaan tidak
boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya
•Perubahan pemimpin selepas pilihan
raya tidak mengubah corak pemerintahan.
•Rakyat mendapat jaminan
undang-undang serta tiada dikriminasi dalam perlembagaan
4.
Alat rujukan bagi menjelaskan masalah
•Hukuman kepada individu yang
melakukan kesalahan adalah dirujuk dalam perlembagan.
•Menjadi rujukan tertinggi dalam
undang-undang yang bertentangan
5.
Mengekalkan identiti negara/menjamin keutuhan dan kedaulatan negara
•Unsur-unsur tradisi dan perkara utama dalam
perlembagaan persekutuan akan menjamin riwayat negara bangsa serta mengekalkan
nilai dan identiti masyarakat Malaysia
Comments
Post a Comment