2.3.3 PINDAAN PERLEMBAGAAN



•Perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke semasa. Tujuan sesuatu perpindaan adalah untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara, melicinkan urusan negara, memastikan perlembagaan sesuai dengan keperluan semasa, munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan  rela hati serta pindaan bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Pindaan yang besar pernah dibuat terhadap Perlembagaan Malaysia adalah berkaitan dengan pemansuhan imuniti bagi YDPA dan raja yang memerintah negri daripada kesalahan jenayah pada tahun 1993.

Namun, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan iaitu agama islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan soal kerakyatan. Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah dan terbatal. Setiap warganegara Malaysia bertanggungjawab menjunjung tinggi, mendaulat dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

2.4.4 HAK KEWARGANEGARAAN

2.2.1 SURUHANJAYA REID

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA