2.4.1 Kedudukan Bahasa Melayu




Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang diguna pakai sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.Antara kegunaannya ialah dalam urusan rasmi seperti mesyuarat, surat menyurat , perundangan, dan kehakiman.Perkara 152 mengingatkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara,tetapi bahasa lain tidak dilarang untuk digunakan.

Perkara 150(6A) menjelaskan dalam keadaan darurat hal-hal yang berhubungan dengan Bahasa Melayu tetap dilindungi.Jika ada perkara - perkara yang cuba menggunakan isu bahasa dikhalayat ramai itu dianggap satu kesalaan dibawah akta Hasutan 1948. Terdapat jugak peruntukan – peruntukan sementara terhadap penggunaan Bahasa Melayu menyebabkan bahasa lain diberi kelonggaran untuk digunakan ( Bahasa Inggris).

Peruntukan sementara ini dapat dilihat pada perkara – perkara berikut iaitu bagi tempoh 10 tahun selepas hari kemerdekaan sehinggalah diperuntukan selainnya oleh perlimen.Bahasa Inggeris dibenarkan digunakan dalam kedua –dua Majlis Perlimen dan Dewan Undangan Negeri dan segala urusan rasmi yang lain.Selepas 10 tahun Paelimen telah menggugurkan peruntukan sementara melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1967 kecuali Sabah dan Sarawak akta ini dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa kebangsaan yang menjadi medium penyatuan bangsa Malaysia dan menjadi lambang jati diri dan idintiti nasional.Proses pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan  melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalang semua kaum.

Comments

Popular posts from this blog

2.4.4 HAK KEWARGANEGARAAN

2.2.1 SURUHANJAYA REID

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA