2.4.5 HAK ASASI



Perkara asas yang perlu dinikmati oleh rakyat.Perlembagaan Malaysia memberikan setiap individu itu hak yang bersesuaian dengan fitrahnya sebagai pengiktirafan kepada perahan dan sumbangan yang diberikan oleh setiap individu.Istilah ' kebebasan asasi ' yang diguna pakai dalam Perlembagaan merujuk hak asasi yang diberikan kepada rakyat.



HAK ASASI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:
PERKARA 5
Kebebasan diri
PERKARA 6
Keabdian & kerja paksa dilarang
PERKARA 7
Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuatkuasa kebelakang dan perbicaraan berulang
PERKARA 8
Kesamarataan
PERKARA 9
Larangan buang negeri & kebebasan bergerak
PERKARA 10
Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan
PERKARA 11
Kebebasan beragama
PERKARA 12
Hak terhadap pendidikan
PERKARA 13
Hak terhadap harta

Semua rakyat berhak mendapat perlindungan dan kesamarataan disisi   undang-undang
•Sekiranya seseorang itu ditangkap, dia hendaklah diberitahu sebab dia ditangkap dengan segera dan dia dibenarkan untuk membela diri
•Sekiranya dia didakwa, dia patut mendapat perbicaraan yang adil
•Tertuduh juga tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama buat kali kedua sekiranya telah dilepas dan dibebas oleh mahkamah atas tuduhan yang sama.
Perlembagaan tidak menyekat kebebasan dan pergerakan individu kecuali atas faktor keselamatan, kesihatan awam dan hukuman.Pergerakan individu dan semenanjung ke Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada undang-undang imigresen negeri terbabit seperti yang telah dipersetujui ketika pembentukan Persekutuan Malaysia 1953
Isu-isu sensitif seperti isu berkaitan agama, bahasa kebangsaan, hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu adalah dilarang dibicarakan secara terbuka.Isu tersebut perlu difahami dan tidak disentuh sewenang-wenangnya demi menjaga perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

2.4.4 HAK KEWARGANEGARAAN

2.2.1 SURUHANJAYA REID

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA