2.6.1 Konsep Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan
Demokrasi
bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan.Dua corak pemerintahan
demokrasi, sistem Raja Berperlembagaan dan sistem Republik.Sistem Raja
Berparlimen mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi Negara serta dibantu
oleh Perdana Menteri.Sistem Republik diketuai oleh Presiden yang dipilih oleh
rakyat melalui pilihan raya.
Malaysia
mengamalkan corak pemerintahan demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.Sistem demokrasi rakyat
mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan.Wakil yang dipilih oleh rakyat
melalui pilihan raya sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.Rakyat
berhak menyokomg dan mengekalkan kerajaan yang dibentuk atau menukar kerajaan
yang sedia ada melalui piliihan raya.
Raja
Berperlembagaan
Institusi
Raja di Malaysia merupakan satu unsur tradisional yang wujud melalui
pemerintahan beraja sejak awal kurun ke-11.Raja menpunyai kuasa mutlak dan
berdaulat atas negeri dan jajahan takluknya.Pada abad ke-19 dan 20, kuasa
pentadbiran pemerintahan diambil alih oleh British dan Jepun yang mana telah
memperkenalkan konsep Raja Berperlembagaan melalui Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948.
Raja
Berperlembagaan bermaksud pemerintahan beraja yang diketuai oleh Yang
di-Pertuan Agong (YDPA) hendaklah mematuhi peruntukan di dalam Perlembagaan
Persekutuan.Peruntukan bermaksud, bidang kuasa YDPA ditetapkan oleh
Perlembagaan dan undang-undang.Perdana menteri selaku ketua kerajaan hanya
bertindak untuk menasihati YDPA dalam
hal-hal tertentu.
Yang
di-Pertuan Agong(YDPA)
Yang
di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut aturan yang terkandung
dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.Dipilih dalam kalangan Sembilan
orang raja Melayu dari Sembilan buah negeri (Perlis, Kedah, Kelantan,
Terengganu, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor) secara
bergilir-gilir dalam tempoh lima tahun sekali.Baginda telah diperuntukan dalam
Perlembagaan Persekutuan yang boleh dibahagikan kepada tugas rasmi dan kuasa
budi bicara.
Majlis
Raja-Raja
1 Julai 1896,
British telah membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Negeri Sembilan,
Selangor, Perak dan Pahang) dan menetapkan satu mesyuarat yang diadakan dengan
serta-merta antara pihak British dengan Raja-raja Melayu Negeri-negeri
Bersekutu.Mesyuarat bertujuan membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama.
Mesyuarat
Raja-raja Negeri Bersekutu tersebut dikenali sebagai Majlis Raja-raja Melayu
(DURBAR).Mesyuarat DURBAR yang pertama diadakan di Kuala Kangsar selama empat
hari bermula pada 13 Julai 1897.Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada
1948 sebagai penggatiankepada DURBAR dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu, Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Negeri Melaka
dan Pulau PInangmenjadi ahli selepas
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, manakala sabah dan
Sarawak turut serta selepas penubuhan Malaysia pada 1963.
Perkara 28
dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan fungsi dan tugas Majlis Raja-Raja
seperti yang berikut:
·
Perkara38(2)(a)- Memilih YDPA dan
Timbalan YDPA bagi Persekutuan mengikut peruntukan jadual ketiga.
·
Perkara 38(2)(b) -Memberi persetujuan
atau enggan memberi persetujuan kepada adat istiadat agama Islam bagi seluruh
Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak.
·
Perkara 38(2)(c)- Memberi persetujuan
atau enggan memberi persetujuan kepada undang-undang atau memberi nasihat
tentang apa-apa perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis
Raja-Raja menurut Perlembagaan .
·
Perkara 38(2)(d)- Melantik anggota
Mahkamah Khas di bawah Fasal (1).
·
Perkara 38(2)(e) - Memberi
ampun,tunda,hukum dan lega hukum atau meremitkan,menggantungkan atau
meringankan hukuan di bawah Fasal(12).
·
Perkara 42-Menimbangkan hal-hal yang
berkaitan dengan dasar negara dan perkara yang dikira patut.
Comments
Post a Comment