4
orang wakil Raja-Raja Melayu dan 4 orang
Parti Perikatan .Kerja ini dipengerusikan oleh MacGillivray ( Pesuruhjaya
Tinggi British ) .
AHLI JAWATANKUASA KERJA
|
Pengerusi
|
Sir
Donald MacGillivray(Pesuruhjaya Tinggi British)
|
|
Wakil Raja-Raja Melayu
|
Mustapha
Albakri
( Penyimpan Mohor Besar Raja-raja)
Shamsudin
Nain
Tunku
Ismail Tunku Yahya
Neil
Lawson
|
|
Wakil Perikatan
|
Tunku
Abdul Rahman (UMNO)
Dato’
Abdul Razak Hussein (UMNO)
Ong
Yoke Lin (MCA)
V.T
Sambathan (MIC)
|
|
Ahli lain
|
Sir
David Watherston (Ketua Setiausaha Kerajaan )
T.V.A
Brodie
(Peguam Negara)
|
|
Setiausaha
|
E.O
Laird
|
Tugas
utama Jawatankuasa Kerja tersebut adalah untuk memastikan bahawa perlembagaan
baharu yang digubal bersesuaian dengan bentuk pemerintahan di Malaya. Walau
bagaimanapun, jawatankuasa ini tidak boleh mengubah struktur umum draf
perlembagaan yang diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 .
Sebanyak 23 kali pertemuan telah diadakan ,iaitu antara 22 Februari hingga 27
April 1957 bagi membentuk draf Perlembagaan yang diterima oleh semua pihak.
Antara isu yang dibincangkan ialah isu kerakyatan ,agama, hak istimewa orang
Melayu dan bahasa Melayu.
Perbincangan
akhir Jawatankuasa Kerja telah diadakan pada 13 hingga 21 Mei 1957 di London
yang diketuai oleh Setiausaha Tanah Jajahan British serta dihadiri oleh
kerajaan British dan kerajaan Tanah
Melayu yang diketuai Tunku Abdul Rahman serta wakil Raja-raja . Kertas Putih
atau Constuitional Proposals for the Federation of Malaya telah diterbitkan dan
kandungannya ialah beberapa pindaan terhadap Laporan Suruhanjaya Reid serta
rangka perlembagaan yang telah dipersetujui semua ahli rundingan.
Jun 1957
Rang
Undang-undang Perlembagaan telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja . Rang
Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan ini turut dibahas pada 12 Julai 1957 di
House of Commons, England dan diluluskan tanpa sebarang pindaan . House of Lord
pula telah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan tanpa pindaan setelah dibahaskan
pada 29 Julai 1957.
Majlis
Perundangan Persekutuan pula telah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan
Persekutuan pada 15 Ogos 1957 .Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada 27
Ogos 1957, iaitu sebaik sahaja perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan tamat.
Namun , Perlembagaan Persekutuan ini berkuatkuasa secara rasmi pada 31 Ogos
1957 bersempena dengan pengishtiharan kemerdekaan Tanah Melayu . Kemudian ,
Perlembagaan Persekutuan ini dipinda apabila Singapura, Sabah dan Sarawak
bergabung dengan Tanah Melayu semasa pembetukan Malaysia.
Comments
Post a Comment