2.2.1 SURUHANJAYA REID



MAC 1956
-Satu Suruhanjaya Perlembagaan telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu .
- Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord William Reid ( Hakim Mahkamah Rayuan England)
ANGGOTA ( Empat orang ahli dari Negara Komanwel)
-          Sir Ivor Jennings ( ahli akademik dari Britain)
-          Sir William McKell( ahli politik dari Australia )
-          Tuan B.S Malik(Ketua Hakim Mahkamah Tinggi dari India)
-          Tuan Abdul Hamid ( Hakim Mahkamah Pakistan)
Ahli yang dilantik telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan Menteri Perikatan 
Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut , mereka dibekalkan dengan terma dan rujukan yang berikut:
a) Memeriksa perlembagaan di Tanah Melayu
b) Mengambil kira kedudukan Raja Melayu
c)  Syor supaya perlembagaan persekutuan berasaskan demokrasi berparlimen
d)  Mempunyai dua dewan perundangan dengan peruntukan ;
i.      Kerajaan pusat yang kuat
ii.     Memelihara kedudukan dan martabat Raja Berpelembagaan
iii.    Memilih seorang ketua Negara (YDPA) dalam kalangan Raja-Raja Melayu
iv.     Kewarganegaraan yang sama untuk seluruh Persekutuan
v.      Menjaga kedudukanistimewa masyarakat Melayu serta hak-hak sah kaum lain
-Lord Reid melawat Tanah Melayu pada Mei 1956 ,manakala ahli suruhanjaya yang lain adalah pada Jun 1956 untuk memulakan tugas mereka .
- Suruhanjaya Reid telah meminta pandangan dan pendapat secara langsung daripada semua peringkat masyarakat
- Sebanyak 118 pertemuan telah diadakan antara Jun hingga Disember 1956 dan 131 memorandum telah diterima daripada pelbagai pihak seperti Raja-Raja Melayu ,parti politik , pertubuhan dan orang perseorangan Memorandum daripada Parti Perikatan menjadi rujukan asas bagi penyediaan laporan oleh suruhanjaya ini.

Comments

Popular posts from this blog

2.4.4 HAK KEWARGANEGARAAN

SUSUNAN PERKARA-PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN