2.4.4 HAK KEWARGANEGARAAN



Isu berkaitan kewarganegaraan ini terkandung di dalam Bahagian 3 Perlembagaan Malaysia.Hak serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia terkandung dalam Perkara 14 hingga 22.Hak serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia terkandung dalam Perkara 14 hingga 22.Secara umumnya, seseorang itu boleh mendapatkan hak kewarganegaraan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, pendaftaran, permohonan kemasukan dan melalui pencatuman wilayah.

KEWARGANEGARAAN SECARA KUATKUASA UNDANG-UNDANG
SITUASI
SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Persekutuan 1957
Memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran atau naturalisasi
Lahir antara 31 Ogos 1957 - Oktober 1962
Ibu bapa warganegara pemastautin tetap
Lahir di Persekutuan pada atau selepas kemerdekaan
Bapa warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan.
Kelahiran didaftar dengan Pejabat Konsul Persekutuan
KEWARGANEGARAAN SECARA PENDAFTARAN
SITUASI
SYARAT KELAYAKAN
Isteri dan anak warganegara
·         Masih berkahwin dengan warganegara bermula bulan Oktober 1962
·         Bermastautin di Persekutuan selama dua tahun sebelum permohonan dan berniat untuk terus bermastautin di Persekutuan
·         Berkelakuan baik
Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun
·         Didaftar oleh ibu bapa atau penjaga jika salah satu pihak tersebut merupakan warganegara
Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan lahir di Persekutian sebelum hari merdeka
·         Membuktikan pemastautinan di Persekutuan selama 5 daripada 7 tahun sebelum permohonan
·         Berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan
·         Memiliki kemahiran bahasa Melayu mudah
·         Berkelakuan baik
Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak pada hari Malaysia
·         Bermastautin di Persekutuan Malaysia sebelum hari Malaysia
·         Selepas hari Malaysia, bermastautin di Persekutuan selama tujih daripada sepuluh tahun sebelum permohonan

KEWARGANEGARAAN SECARA KEMASUKAN NATURALISASI
Antara syarat untuk warganegara asing yang berumur 21 tahun ke atas untuk menjadi warganegara Malaysia ialah :
•Individu tersebut telah menetap di Persekutuan Malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan.
•Berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan Malaysia
•Tingkah laku baik
•Berpengetahuan dalam Bahasa Melayu

KEWARGANEGARAAN SECARA PENCATUMAN WILAYAH
Diberi kepada penduduk Singapura, Sabah, Sarawak yang anggotai Persekutuan Malaysia pada 16.9.1963

2 SEBAB INDIVIDU HILANG HAK KEWARGANEGARAAN
•Individu itu menolak kewarganegaraannya
•Apabila terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya individu tersebut melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak Perlembagaan seperti:                                                                                                                 
   (i)Tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan dengan menjadi warga asing.
   (ii)Tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya
   (iii)Telah bermastautin di negara asing selama lebih dari 5 tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan .

Comments

Popular posts from this blog

SUSUNAN PERKARA-PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN

2.2.1 SURUHANJAYA REID